My name is Khoo Song Yin. I am 16 years old. I’m the second among the four of us kids in the family. In my family, my younger brother and I have problems with our vision. I’ve had this problem with my eyesight since birth. But I still am able to see a little bit, while my younger brother is completely blind.
If something or someone is nearby me, I am able to see them. If they or the object is too far away, I’m unable to see it. I can see bigger things, but I can’t pick out smaller objects. I can see people if they are near me in distance, but I recognise people more from their voices.
I still remember when I went to the hospital to ask about my eyes. The doctor told me that as I was born like this, there wasn’t really a solution. I was unable to undergo any operation as the cornea of my eyes were quite thin. This just happened in October of this year. During that time, I felt very down. I couldn’t accept it in the beginning, did I really have to live like this?
But after a while I told myself, “it’s okay, I must still want to succeed.” I am only facing problems with my eyesight. There are other people in this world who are going through worse: physical disabilities, being deaf, being mute – they are going through things that are much more difficult than me. I do face an eyesight problem – but I am still able to hear, to speak, to walk. I feel that I should be grateful for what I do have.
I’m very close to my brothers and sisters. We usually play the computer, listen to music, and read online novels together. In our laptop, we have a screen reader that helps us to read these novels. We’ve only been using the laptop for 2-3 years, so it was completely alien to us in the beginning. When we first tried to use it, we didn’t know how to – I found it funny how we kept pressing random buttons.
If I am able to get my eyesight back, I wish to travel the world! I would love to go to Taiwan, China, Japan – to all the countries all over the world! But if I only had 5 seconds to have a glimpse of one thing, I would choose to see my mother. I would love to see her face.
I have been bullied before. During the first night staying in this school’s hostel, I don’t know why but the other students were throwing clothes pins on my bed. They also threw papers, rubbish, hangers too. If the paper hit my body, I would just place it back down on the floor. I wouldn’t fight back, I just kept quiet. Although it did hurt me, I do also forget things easily.
Honestly, I don’t think I needed to fight back because if I fought back, they would bully me back. This is the way people work: if they do something once or twice and they don’t get the reaction they want – they get bored. After a while, they will eventually stop.
We still have good people in this world. When I was younger, I was standing in front of a shop while my mother was shopping. Someone came up to me and asked me why I was alone. They also asked where my mother was, and helped me to find her in the store. I was also given RM 10 by this person as charity.
My ambition is to become a singer. I love to sing Chinese songs. If I could leave a legacy behind, I hope that people will remember me as someone who always gave hope to those around her.
If I can give one advice to anyone who is being bullied, I would tell them to forget what makes them sad, angry, or unsatisfied. Remember instead what makes you happy and grateful. Be grateful for what you already have, and don’t think about what you don’t have. Don’t think too much. Don’t give up!
Bahasa Malaysia
Nama saya Khoo Song Yin. Saya berumur 16 tahun. Saya yang ke-dua antara 4 adik-beradik dalam keluarga saya. Dalam keluarga saya, saya dan adik ke-tiga yang ada masalah pelihatan. Sejak saya dilahir, saya ada masalah pelihatan. Saya boleh nampak sedikit, tetapi adik saya tak boleh nampak langsung.
Jika sesuatu benda atau orang lebih dekat, saya boleh nampak. Tetapi jika terlalu jauh, saya tak boleh nampak. Saya boleh lihat objek yang lebih besar, tetapi bukan objek yang kecil. Saya boleh nampak orang jika mereka dekat dengan saya, tetapi saya lebih ingat orang dari suara mereka.
Saya masih ingat apabila saya pergi ke hospital untuk mata saya. Doktor memberitahu saya bahawa saya tak boleh nak buat apa-apa tentang mata saya kerana ini adalah masalah sejak dari lahir. Saya pun tak boleh membuat operasi kerana kornea mata saya sangat nipis. Ini baru berlaku pada bulan ini (Oktober) saja. Pada masa itu, saya memang sedih. Mula-mula saya tak boleh terima, mesti saya hidup macam ini?
Tetapi kemudian saya memberitahu diri sendiri, “tak apa, saya mesti ingin berjaya.” Dalam dunia ini, saya menghadapi masalah pelihatan sahaja. Ada orang lain yang mengalami keadaan yang lebih teruk dari saya: masalah fizikal, pekak, bisu ke – keadaan mereka lebih kesian daripada saya. Saya ada masalah pelihatan – tetapi saya boleh dengar, boleh cakap, boleh jalan. Saya rasa saya sepatutnya bersyukur.
Saya sangat rapat dengan adik-beradik saya. Kami bersama-sama bermain komputer, mendengar muzik, baca novel di halaman web. Dalam laptop, kami ada ‘screen reader’ yang membantu kami membaca novel. Kami baru guna laptop sejak 2-3 tahun saja. Semasa kami baru cuba menggunakan laptop, kami tak tahu apa-apa – kelaka lah kami tekan butang ini dan butang itu.
Jika saya boleh dapat melihat semula, saya ingin pergi bercuti – di semua negara jika saya boleh! Saya nak pergi ke Taiwan, China, Japan – semua pun saya nak pergi! Tetapi jika saya ada 5 saat untuk melihat apa saja di dunia ini, saya akan milih Ibu saya. Jika saya boleh lihat, saya mahu melihat muka Ibu saya.
Saya pernah dibuli. Semasa malam pertama saya tinggal di asrama sekolah ini, saya tak tahu kenapa murid-murid lain membuang penyepit baju kepada katil saya. Mereka juga membuang kertas, sampah, hanger baju juga. Jika kertas kena badan saya, saya hampir meletak kertas di atas lantai. Saya tidak akan melawan, saya senyap saja. Walaupun saya akan terasa, tetapi saya pun cepat boleh melupakan.
Sebenarnya, saya rasa tak perlu melawan kerana jika kami melawan, mereka akan membuli balik. Orang manusia macam ini: jika mereka membuat sesuatu satu atau dua kali dan tidak mendapat reaksi, mereka akan rasa bosan. Tak lama-lama, mereka akan berhenti.
Dalam dunia ini, kami masih ada orang yang baik. Semasa saya kecil lagi, saya berdiri di hadapan sebuah kedai semasa Ibu membeli-belah. Ada seorang datang dan bertanya saya kenapa saya seorang berdiri di situ dan di mana ibu saya. Dia pun menolong membawa saya masuk kedai untuk mencari Ibu saya. Dia juga memberi saya duit (RM 10).
Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang penyanyi. Saya suka menyanyi lagu Cina. Saya harap orang lain akan mengingat saya sebagai seorang yang memberi semangat kepada orang lain.
Jika saya boleh memberi nasihat kepada orang lain yang dibuli, saya ingin memberitahu mereka untuk melupakan apa yang membuat kamu rasa sedih, marah, atau tak puas. Ingat saja apa yang membuat kamu merasa gembira dan bersyukur. Berasa bersyukur dengan apa yang kamu dapat, dan jangan berfikir tentang apa yang kamu tak dapat. Jangan fikir terlalu banyak. Jangan berputus asa!