In Humans of KL, Uncategorized

“Kerja saya adalah untuk menolong membawa gitar untuk Pastor di gereja.

Saya beragama Kristian. Sejak tahun 2009, saya percaya dalam agama Kristian sehingga sekarang. Ada beberapa hal yang sangat buruk berlaku, dan saya tidak diterima sebagai orang Islam. Tiba-tiba satu hari, satu Pastor dari negeri Europe menjumpai saya. Saya pun dibaptis.

Kerja saya, tak kira apa-apa hal, adalah untuk membawa gitar sahaja tiap-tiap hari. Saya memang tak tahu main alatan muzik, saya tahu membawa ia ke gereja saja. Sebelum ini saya telah bekerja di satu hotel di Kuala Lumpur. Sekarang, saya dah tak aktif membuat kerja lain. Kerja sambilan tak ada makna.

Kami tak boleh menasihati orang lain. Tuhan sudah memberi tanggungjawab yang berbeza untuk setiap individu masing-masing. Setiap orang akan ada cerita yang lain, tanggungjawab yang lain, tujuan yang lain. Apakah tujuan yang benar, adalah untuk setiap individu.

Masa dulu, saya ada keluarga. Keluarga saya sekarang di gereja. Tuhan saja yang tahu. Sekarang, saya bersyukur, kerana Pastor, orang gereja, dan Tuhan yang memberi saya keberanian untuk bercakap”.

– Humans of Kuala Lumpur

(His face has been blurred to protect his identity)

Photostory by Win Li and Syasya taken at the monthly HOKL photo hunt.
Edited by Mushamir Mustafa

Recent Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt